Thursday 5 December 2013

TERKINI !!! RAMALAN CUACA DI 4 NEGERI BERIKUTAN BANJIR 2013 | PAHANG, TERENGGANU, KELANTAN DAN JOHOR

RAMALAN CUACA DI 4 NEGERI BERIKUTAN BANJIR 2013 | PAHANG, TERENGGANU, KELANTAN DAN JOHOR
Banjir di kuantan. Banjir di Pahang, Terngganu dan Johor. Kini admin menyediakan ramalan cuaca di 4 negeri yang dilanda banjir. Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 60km/j dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter di perairan Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Isnin, 9 Disember 2013.
Jumlah terkini mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan mencatatkan penurunan walaupun laluan di kedua-dua negeri masih ada yang tidak boleh dilalui.

Jom lihat ramalan cuaca di 4 negeri

Jumlah terkini mangsa banjir di Terengganu turun kepada 6,052 pada kira-kira 11 malam tadi, berbanding 6,595 yang dicatatkan pada kira-kira 7 malam tadi. 
Mangsa banjir di Kelantan juga turun kepada 1,675 yang direkodkan pada kira-kira 11 malam, berbanding 2,078 mangsa dicatatkan pada 7.30 malam tadi. 

Sejumlah 1,559 keluarga kini berada di 82 pusat pemindahan di Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.


Tiga puluh pusat pemindahan masih menempat mangsa di Kelantan, termasuk Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tumpat.


Laluan ditutup di Kelantan adalah di Kilometer 12.2 Jalan Masuk Aring 8 & 9 dan Jalan Chiku-Aring di Gua Musang, Jalan Bukit Sireh/Kampung Bedal/Kuala Nal di Kuala Krai. 

Selain itu, Jalan Pasir Puteh-Semerak di Pasir Puteh, Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh di Tanah Merah dan Jalan Pohon Tanjung-Pasir Pekan di Tumpat, turut ditutup.

Artikel berkaitan banjir :


TERKINI !!! BANDAR KUANTAN LUMPUH DAN TERPUTUS BEKALAN ELEKTRIK

No comments:

Post a Comment