Sunday 17 November 2013

MISTERI !!! REMAJA HILANG DI VILLA NABILA 18 NOV 2013

REMAJA HILANG DI VILLA NABILA 18 NOV 2013


Misteri Villa Nabila muncul kembali. Ini berikutan dengan kehilangan remaja di bawah lingkungan umur 20 an pada 18 November 2013. Villa Nabila ini merupakan suatu misteri terutamanya bagi masyarakat di Johor dengan beberapa kejadian / cerita pelik yang berlaku. Jika sesiapa masuk ke dalam banglo tersebut dengan angka genap, ia akan menjadi ganjil


Menurut cerita, 30 orang remaja berumur dalam lingkungan di bawah 20 tahun telah masuk ke dalam Villa Nabila tanpa diketahui niat mereka. Seramai 7 orang remaja berjaya keluar dari tempat itu manakala 23 orang lagi seolah-olah "terperangkap" dan hanya suara mereka sahaja yang kedengaran (banyak cerita n tak tau mana yg betul). Lokasi tersebut dipenuhi orang ramai dan terdapat beberapa kenderaan pihak berkuasa turut kelihatan di situ.




Antara Kisah Misteri Villa Nabila


Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.

Cerita 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Cerita 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Cerita 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Cerita 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Cerita 5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. 

Kesahihanya tidak pasti. Sekadar berkongsi sahaja.

1 comment:

  1. mau wang copy dan pastes ini saja.
    http://iklansticky.com/hop.php?ref=hotspot

    ReplyDelete