Sunday 24 February 2013

HOT !!! AIR KOPI BOLEH MENGHALAU MAKHLUK HALUS


KAEDAH MERAWAT GANGGUAN SIHIR ATAU MAKHLUK HALUS MENERUSI KAEDAH PEMAKANAN MODEN

PERCAYA atau tidak, amalan sihir masih lagi menjadi ancaman sebahagian daripada masyarakat Melayu moden pada hari ini. Sihir mempunyai pelbagai matlamat adalah untuk menundukkan musuh dengan cara mudah. Maka tidak hairanlah pusat perubatan berasaskan Islam semakin banyak ditubuhkan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang terkena sihir atau gangguan makhluk halusPusat Perubatan Islam At-Tobibi.
Sebagai usaha inovatif mengekang gangguan makhluk halus malah pengasas Pusat Perubatan Islam At-Tobibi, Shamsuri Shafei memperkenalkan kaedah merawat gangguan tersebut menerusi kaedah pemakanan moden.

"Oleh kerana meminum kopi menjadi sebahagian daripada rutin kita, saya memperkenalkan kaedah mudah kepada mereka yang menderita akibat gangguan makhluk halus menerusi kopi penawar ruqyah.
"Sebenarnya kopi itu sesuai untuk sesiapa sahaja kerana syaitan dan jin yang berdampingan dengan manusia bukan sahaja hadir kerana 'dihantar' tetapi ada yang berdampingan secara semula jadi terutamanya mereka yang jauh kepada Allah," kata Shamsuri.
Kopi pracampur itu turut mengandungi campuran pemakanan sunah seperti habatussauda, buah zaitun, kismis dan koma-koma yang dibacakan dengan ayat-ayat ruqyah oleh Shamsuri sendiri. Ayat tersebut merupakan bacaan yang dipercayai berperanan dalam menghalau makhluk halus.
"Seperti yang kita sedia maklum makanan sunah merupakan antara makanan yang mudah dihadam dan baik untuk kesihatan. Justeru kopi ini mengandungi nilai-nilai mengikut cara Islam," katanya yang turut memperkenalkan kopi delima ruqyah yang mengandungi bahan ekstrak kurma, madu, delima dan buah tin.

No comments:

Post a Comment