Monday 18 February 2013

BERITA TERKINI !!!! BANJIR DI PUCHONG SELANGOR

BANJIR MELANDA PUCHONG SELANGOR - IOI MALL


Beberapa gambar keadaan semasa di Puchong akibat hujan lebat yang turun sehingga menyebabkan banjir..Hujan lebat sejak jam 4 petang tadi menyebabkan banjir kilat disekitar Puchong mengakibatkan kenderaan terperangkap di Lebuhraya Damansara Puchong berhadapan pusat membeli belah, IOI Mall..



Menurut peniaga di pusat membeli-belah terbabit, hujan lebat menyebabkan paras air naik hingga memasuki bahagian bawah IOI Mall.
“Air naik sekitar satu inci didalam Mall, tetapi keadaan kini semakin pulih dan pekerja sedang membersihkan lantai,” katanya ketika dihubungi ABN news..
Foto yang dirakam beberapa pengunjung di pusat membeli-belah terbabit turut menunjukkan air naik di kawasan parkir menyebabkan beberapa kenderaan tenggelam.
Selain itu, beberapa kenderaan turut dirakam tenggelam di LDP.

Banjir kilat menyebabkan kesesakan lalulintas di kedua-dua arah iaitu ke Sunway serta Subang Jaya dan Puchong Perdana.18/2/2013.

No comments:

Post a Comment