Wednesday 14 August 2013

HOT !!! KERANDA DIREPUTKAN JALAN MUDAH KE SYURGA

KERANDA DIREPUTKAN JALAN MUDAH KE SYURGA

Jalan ke syurga, tradisi aneh yang menjadi kepercaayaan sesetengah masyarakat di dunia ini. Beratus ribu keranda reput berisi mayat disimpan didalam gua di sini kerana penduduk setempat percaya bahawa ia mampu untuk memudahkan si mati menuju jalan ke syurga.



Tradisi aneh tersebut diamalkan penduduk Anshun di wilayah Guizhou, barat daya China. Mereka menyemadikan mayat di kawasan tebing-tebing curam yang mempunyai lubang gua.
Bagi setiap lubang gua di sini, hampir 500 buah keranda ditempatkan di dalamnya dengan disusun secara berlapis-lapis dengan pelbagai peringkat pereputan.



Ia menjadi 'gua keranda' bagi penduduk dengan nama keluarga 'Liu' dari lima buah kampung sejak zaman purba lagi.


Menurut cerita warga tempatan, suatu ketika dahulu nenek moyang mereka telah berpindah dari sebuah kawasan di tengah China ke Wilayah pergunungan Guizhou abad yang lalu untuk mengelakkan peperangan.



Oleh kerana mereka berharap untuk satu hari kembali ke tempat asal mereka, jadi mereka tidak mengebumikan mayat ahli keluarga yang sudah mati tetapi sebaliknya menyusun keranda berisi jasad ahli keluarga yang sudah meninggal dunia tersebut di dalam gua.



Sumber-sumber lain pula memberitahu bahawa tradisi tersebut bermula kerana kawasan ini sering terdedah  kepada banjir dan keranda terpaksa disimpan di dalam gua untuk mengelakkan daripada terjejas akibat bencana alam tersebut.

No comments:

Post a Comment