Tuesday 19 March 2013

HOT !!! JUAL BAYI UNTUK BAHAN PORNOGRAFI

MANUSIA YANG BERTOPENGKAN SYAITAN 

Jual bayi untuk bahan pornografi itulah kenyataan yang harus ditelan oleh bayi-bayi yang tidak berdosa. Indianapolis: Seorang ibu didakwa di mahkamah kerana menjual anaknya baru berusia 18 bulan kepada seorang lelaki untuk dijadikan bahan pornografiWalaupun bayaran untuk transaksi itu tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah, Natisha Hillard dipercayai tahu anak perempuannya akan dijadikan bahan filem lucah oleh Christopher Bour.


Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memulakan siasatan terhadap Bour, 39, selepas seorang tukang urut memberitahu mengenai rancangan lelaki terbabit mengambil kesempatan atas anak Natisha. Niat Bour itu disampaikan kepada sumber terbabit melalui mesej teks.
Satu daripada mesej teks itu menyatakan: “Mahu melihat saya berseronok dengan seorang bayi esok? Ini bukan main-main.” Satu lagi mesej Bour ialah: “Sesekali saya dapat peluang. Mungkin kamu boleh tolong pegangkan kamera.” Sementara itu, ketika disoal siasat, Natisha, 24, berkata dia pernah melihat filem lucah menggunakan kanak-kanak di komputer riba Bour. Katanya, dia mengunjungi rumah Bour ketika kediaman lelaki terbabit diubah suai. Sumber FBI berkata, Bour pernah menyatakan minatnya kepada aksi asmara seperti haiwan. Menurut NBC News, ejen FBI menyamar sebagai tukang urut terbabit dan menghantar mesej teks kepada Bour. “Mesej itu dibalas Bour dengan penjelasan berbau lucah dan dia mengaku pernah melakukan aktiviti seks dengan kanak-kanak dengan izin ibu mangsa,” lapor NBC News.

Berdasarkan maklumat yang ada, ejen FBI menyerbu rumah Bour di Hammond, Indiana, dan merampas komputernya. Pihak berkuasa turut menemui video dan gambar lucah membabitkan orang dewasa dan kanak-kanak.

Sumber FBI berkata, ada antara gambar itu memaparkan Bour bersama kanak-kanak, selain imej Natisha. 
Rekod mahkamah menunjukkan, Natisha mengenali Bour melalui perkhidmatan cari jodoh di Internet. Natisha dituduh menjual anaknya kepada Bour dengan mengetahui ia akan digunakan untuk aktiviti seks.

Bour pula berdepan dakwaan menghasilkan bahan pornografi membabitkan kanak-kanak. - Daily Mail

No comments:

Post a Comment