Wednesday 13 March 2013

BERITA TERKINI !!! TENTERA SULU MENJADIKAN KUBUR SEBAGAI UMPAN


KUBUR DI JADIKAN KUBU UNTUK MENGUMPAT TENTERA MALAYSIA
Berita Terkini, kubur Tentera Sulu yang ditembak mati disyaki dijadikan ‘umpan’ oleh saki-baki rakan mereka untuk menyerang hendap anggota pasukan keselamatan yang berusaha mendapatkan mayat itu.
Sumber pasukan keselamatan berkata, pihaknya percaya saki-baki Tentera Sulu yang kini diburu, bersembunyi tidak jauh daripada kubur rakan mereka untuk memudahkan mereka melakukan serang hendap.
“Ini kerana mereka tahu kita akan berusaha mendapatkan mayat rakan mereka sebagai bukti dan untuk kita lakukan bedah siasat. Jadi, mereka akan tanam mayat rakan dan menunggu kehadiran pasukan kita untuk melakukan serang hendap.

Artikel berkaitan : Menyorok Dengan Imej Warak dan Imam
“Berdasarkan situasi ketika pertempuran sebelum ini, kita percaya jumlah mereka yang bersembunyi itu tidak ramai. Mungkin dua atau tiga orang saja, tapi mereka lengkap bersenjata dan mampu mengancam nyawa anggota keselamatan kita,” katanya.

1 comment:

  1. semoga kesemua anggota keselamatan kita sentiasa dilindungi

    ReplyDelete