Tuesday 5 March 2013

BERITA TERKINI !!! PENGGANAS BAKAL TERIMA DAKWAAN BUNUH

ITU LAH DAWAAN YANG SETARAF BAGI PENCEROBOH LAHAD DATU

Berita Terkini!!! Dakwaan bunuh akan dikenakan kepada Penceroboh di Lahad Datu. Membunuh lapan anggota polis adalah antara tuduhan yang akan dikenakan terhadap pengganas bersenjata di Sabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.


“Sekiranya mereka melanggar undang-undang Malaysia, mereka akan dihadapkan ke mahkamah di negara ini bagi jenayah yang mereka lakukan, yang pasti kerana melakukan pembunuhan.

“Ia bukan peperangan (di Sabah), tetapi pencerobohan terhadap negara serta kedaulatan kita dan Malaysia bertindak sewajarnya menangani keadaan ini.
“Sekiranya ia peperangan, maka Konvensyen Geneva akan terpakai. Tapi, ini tidak. Ia masih di peringkat pencerobohan.

“Jadi, langkah terbaik ialah menyerahkannya kepada polis kerana apabila melibatkan keselamatan negara, ia menjadi tanggungjawab polis,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis dialog mengenai penubuhan Majlis Hukuman di sini, semalam.

Mengenai Majlis Hukuman, beliau berkata, masanya sudah tiba bagi Malaysia memberi pertimbangan terhadap penubuhannya untuk memperkemas pentadbiran keadilan di negara ini.

No comments:

Post a Comment