Sunday 31 March 2013

BERITA TERKINI !!! PENGAKUAN SERTA PENYALUR DANA KEPADA SULTAN KIRAM


Berita Terkini !!!! Lahad Datu: “Saya memang ada memberi bantuan kewangan kepada pewaris Sultan Sulu, tetapi bukan kepada Jamalul Kiram III,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia (Al-Ehsan), Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman. Muedzul Lail Tan Kiram.
Ketika mengulas kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib bahawa polis sedang mencarinya, Muhammad Ridzwan berkata, bantuan yang disalurkan itu terus kepada seorang daripada pewaris Sultan Sulu iaitu Muedzul Lail Tan Kiram atas dasar sesama Islam dan langsung tidak ada kena-mengena dengan pencerobohan oleh Tentera Sulu di Sabah.

Malah, katanya, bantuan itu diberikan dari semasa ke semasa sejak dulu.
“Saya hanya mengetahui dikehendaki polis selepas dihubungi rakan. Ketika itu saya dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis di Kedah. “Saya akan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi esok (hari ini) bagi memberikan kerjasama penuh terhadap pihak polis.

“Ingin saya tegaskan, saya menolak keras kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, apatah lagi memberikan apa saja bantuan kepada tentera sulu terbabit,” katanya ketika dihubungi.


1 comment:

  1. APA BETUL TU____

    _____ALL_NGOK_____

    http://sukatribal.blogspot.com

    ReplyDelete